Sabtu, 30 Mei 2009
Jumaat, 29 Mei 2009
Rabu, 27 Mei 2009
PELUKIS / KARTUNIS ULIN DICARI
Melalui ruangan blog ini penulis ingin menjejaki kartunis Ulin atau nama sebenarnya Zainurin Luqman bin Mohd. Jilid yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Beliau sama-sama belajar bersama penulis di UTM Skudai, Johor sekitar tahun 1985-88. Sekiranya saudara Ulin ada membaca ruangan ini sila hubungi penulis.
KM : Terima kasih kepada Saudara Yazib Alias kerana telah memberikan nombor telefon Ulin kepada kami pada 23 September 2009 yang lalu. Saudara Yazib juga merupakan penggiat komik di Malaysia.
KM : Terima kasih kepada Saudara Yazib Alias kerana telah memberikan nombor telefon Ulin kepada kami pada 23 September 2009 yang lalu. Saudara Yazib juga merupakan penggiat komik di Malaysia.
Isnin, 25 Mei 2009
ABDUL RAHIM MUDA @ IMUDA
Dari usia muda lagi, Imuda sudah membuat keputusan untuk melukis. Selepas tamat Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) pada tahun 1978, beliau bekerja di United Books Company, sebuah syarikat yang agak dikenali ketika itu di Pulau Pinang.
Di sana Imuda bertindak sebagai pelukis ilustrasi untuk beberapa majalah kanak-kanak, antaranya Dunia Kanak-kanak. Beliau turut bertindak sebagai pembaca pruf di syarikat tersebut.
Imuda hanya bertahan selama 2 tahun di syarikat itu sebelum bekerja di sebuah kilang gula di Perai. Semasa bekerja sebagai pelukis ilustrasi, Imuda cuma dibayar RM110 sebulan, tetapi sebagai pekerja kilang, beliau dibayar RM15 sehari. Lebih mahal walaupun kerjanya agak teruk.
Sewaktu majalah Gila-Gila mula meledak di pasaran pada tahun 1978, Imuda turut menyumbang karya-karya kartunnya ke majalah tersebut. Kartun beliau mula tersiar sejak keluaran kedua Gila-Gila.
Dari situ beliau melebarkan lagi sayapnya ke penerbitan-penerbitan lain seperti majalah Gelihati dan Berita Minggu.
Desakan jiwanya untuk menjadi pelukis membawa beliau memohon kerja di Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur. Beliau kemudian diterima bekerja sebagai pembantu pelukis.

Komik popuparnya sebelum beliau terkenal sebagai pelawak/pelakon ialah Tuah vs Jebat.
KE MANA MENGHILANGNYA PELUKIS KOMIK MELAYU
Dewasa ini terdapat lambakan komik-komik dari luar memonopoli pasaran di tanahair kita. Kita tidak dapat nafikan; kalangan penggemar-penggemar komik ini sudak termakan dengan cara penceritaan atau jalan cerita mahupun watak yang dipaparkan dalam komik-komik luar terutamanya daripada Taiwan dan Jepun.
Kebanyakan penggemar komik ini adalah golongan kanak-kanak atau remaja. Ada sebahagian komik-komik luar ini yang jalan cerita dan illustrasi agak bertentangan dengan nilai budaya dan kepercayaan masyarakat Malaysia.Iaamat dikhuatiri akan memberi kesan negetif kepada pemikiran pembaca kita.
Kenapa komik luar terlalu banyak di pasaran kita? Salah satu sebab mengapa keadaan ini berlaku adalah disebabkan kegiatan beberapa syarikat penerbitan yang mahu memperolehi keuntungan mudah dan cepat. Mereka mengambil komik-komik luar kemudian menukar (terjemah) sarikata dalam Bahasa Melayu; cetak dan edar.
....ada sambung lagi..!
Sabtu, 23 Mei 2009
Komik Baru karya SIM BLUES
Tak berapa lama lagi komik SI BUTA DARI GUA TEMPURUNG karya Sim Blues; pelukis otai kita dari Beruas, Perak. Ceritanya menarik gak.. Nak tau ceritanya? Tunggu akan berada di pasaran tak berapa lama lagi..
Penghulu : Banyak lagi komik tengah diedit.
Langgan:
Catatan (Atom)