Isnin, 25 Mei 2009

ABDUL RAHIM MUDA @ IMUDA

Dari usia muda lagi, Imuda sudah membuat keputusan untuk melukis. Selepas tamat Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) pada tahun 1978, beliau bekerja di United Books Company, sebuah syarikat yang agak dikenali ketika itu di Pulau Pinang.
Di sana Imuda bertindak sebagai pelukis ilustrasi untuk beberapa majalah kanak-kanak, antaranya Dunia Kanak-kanak. Beliau turut bertindak sebagai pembaca pruf di syarikat tersebut. 
Imuda hanya bertahan selama 2 tahun di syarikat itu sebelum bekerja di sebuah kilang gula di Perai. Semasa bekerja sebagai pelukis ilustrasi, Imuda cuma dibayar RM110 sebulan, tetapi sebagai pekerja kilang, beliau dibayar RM15 sehari. Lebih mahal walaupun kerjanya agak teruk. 
Sewaktu majalah Gila-Gila mula meledak di pasaran pada tahun 1978, Imuda turut menyumbang karya-karya kartunnya ke majalah tersebut. Kartun beliau mula tersiar sejak keluaran kedua Gila-Gila.
Dari situ beliau melebarkan lagi sayapnya ke penerbitan-penerbitan lain seperti majalah Gelihati dan Berita Minggu. 
Desakan jiwanya untuk menjadi pelukis membawa beliau memohon kerja di Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur. Beliau kemudian diterima bekerja sebagai pembantu pelukis.
Komik popuparnya sebelum beliau terkenal sebagai pelawak/pelakon ialah Tuah vs Jebat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan