Jumaat, 19 Jun 2009

RIZALMAN MASIH AKTIF MELUKIS

Rizalman nama pena Mohamad Razali Othman telah mencipta nama sebagai pelukis komik sejak 1970-an lagi. Dibawah syarikatnya Raz Studio beliau popular dengan majalah bulanan kanak-kanak No.1 pada masa itu iaitu BUJAL.

Disamping itu beliau menerbitkan majalah SALINA yang mensasarkan pembaca remaja. Beliau masih aktif melukis hingga hari ini. Siri komik beliau Aimie Amiera boleh anda tatapi dalam slot komik akhbar Utusan Malaysia.


FUDZALLI DARMO

Era 1980-an antara pelukis yang produktif menghasilkan komik ialah Fudzalli Darmo. Komik pesara guru dari Bagan Datoh Perak ini banyak diterbitkan oleh Berjaya Enterprise. Selepas itu beliau telah menubuhkan syarikat penerbitannya sendiri, Alwani Enterprise. Kualiti komik terbitan syarikat Alwani Enterprise sentiasa kemas dengan hiasan ilustrasi kulit oleh Sailawati @ Alias Kulup.
Diantara judul karya beliau ialah Seruling Sakti, Istana Di Rimba dan Darah Zina. Dibawah syarikatnya beliau berjaya mengetengahkan bakat baru seperti Abas Jaafar dan Hadie Zakaria.

Rabu, 17 Jun 2009

ZAHARUDDIN SARBINI

Antara karya-karya komik klasik beliau ialah Merong Mahawangsa, Raja Bersiong, Dang Anum, Tun Fatimah dan banyak lagi.

Karya Zaharuddin yang diterbitkan CESB

MOHD. ZOHRI SUKIMI

Seladang Tunggal karya Zoy dalam sisipan Berita Minggu

Zoy (dua dari kanan)

Mohd. Zohri Sukimi atau lebih dikenali sebagai Zoy adalah salah seorang pelukis komik veteran yang masih aktif menghasilkan komik/kartun secara konsistan hingga sekarang. Karya awalnya Pendekar Sijangkang; Zoy lebih sinonim karya komik kepahlawanan seperti Seladang Tunggal yang menghiasi ruagan komik Berita Harian. 

Beliau sekarang bertugas sebagai Ketua Unit Grafik di Berita Harian.

Jumaat, 5 Jun 2009


Komikoo majalah komik yang mampu mengisi kekosongan yang sekian lama ditinggalkan majalah FANTASI terbitan Creative Enterprise. Komikoo menarik kerana ditunjangi ramai pelukis komik ternama.

Rabu, 3 Jun 2009


Sebuah komik terbitan Penerbitan Cartoonisia oleh Pakcu kini berada di pasaran.