Majalah komik GEDUNG KARTUN susunan kartunis Zunar menjengah di pasaran tiga hari lepas. Ramai kartunis yang menyumbangkan karya dalam majalah ini termasuk penyair terkenal Pyan Habib melalui ruangan pojoknya. Majalah ini penuh dengan idea-idea sinis terutamanya mengenai isu-isu panas semasa dan politik semasa tanahanir.Selasa, 25 Ogos 2009
GEDUNG KARTUN VOL.1 DI PASARAN
Majalah komik GEDUNG KARTUN susunan kartunis Zunar menjengah di pasaran tiga hari lepas. Ramai kartunis yang menyumbangkan karya dalam majalah ini termasuk penyair terkenal Pyan Habib melalui ruangan pojoknya. Majalah ini penuh dengan idea-idea sinis terutamanya mengenai isu-isu panas semasa dan politik semasa tanahanir.Jumaat, 31 Julai 2009
ROTTWORLD MENJENGAH PASARAN
Jumaat, 19 Jun 2009
RIZALMAN MASIH AKTIF MELUKIS
Rizalman nama pena Mohamad Razali Othman telah mencipta nama sebagai pelukis komik sejak 1970-an lagi. Dibawah syarikatnya Raz Studio beliau popular dengan majalah bulanan kanak-kanak No.1 pada masa itu iaitu BUJAL.
Disamping itu beliau menerbitkan majalah SALINA yang mensasarkan pembaca remaja. Beliau masih aktif melukis hingga hari ini. Siri komik beliau Aimie Amiera boleh anda tatapi dalam slot komik akhbar Utusan Malaysia.
FUDZALLI DARMO
Rabu, 17 Jun 2009
MOHD. ZOHRI SUKIMI
Seladang Tunggal karya Zoy dalam sisipan Berita Minggu
Mohd. Zohri Sukimi atau lebih dikenali sebagai Zoy adalah salah seorang pelukis komik veteran yang masih aktif menghasilkan komik/kartun secara konsistan hingga sekarang. Karya awalnya Pendekar Sijangkang; Zoy lebih sinonim karya komik kepahlawanan seperti Seladang Tunggal yang menghiasi ruagan komik Berita Harian.
Beliau sekarang bertugas sebagai Ketua Unit Grafik di Berita Harian.









.jpg)
