APABILA menjadikan pengalaman sendiri sebagai bahan karya, mungkin ada yang menganggap ia tugas mudah. Mengapa tidak, luahkan saja semua peristiwa hidup yang selama ini tersimpan dalam kotak memori dan selitkan dalam karya.
.
Realitinya, cabaran besar menanti kartunis yang cenderung menjadikan kisah hidup sebagai bahan tatapan peminat. “Antara cabarannya ialah bagaimana hendak menyampaikan cerita dengan berkesan tanpa mengguris hati individu yang wataknya ditampilkan dalam karya.
.
“Selain itu, kaedah ini sebenarnya menguji kesediaan kartunis berkongsi cerita dengan pembaca. Kemampuan mengolah cerita supaya masih ada ruang privasi kepada diri kartunis juga menjadi antara cabaran yang menanti,” kata kartunis Azhar Ahmad atau lebih popular dengan nama pena, Tembakau. Tembakau popular dengan siri kartun, Kartini yang pernah disiarkan majalah Lanun pada akhir 1990-an. Siri Kartini menampilkan ragam sekumpulan pelajar sekolah menengah agama berasrama. Watak utama, Ariyon atau Muhammad Asri digambarkan sebagai pelajar nakal dan menaruh hati kepada pelajar junior, Kartini.

Biarpun menghadapi pelbagai halangan, Ariyon tetap berusaha mengejar cinta Kartini. Selepas disiarkan dalam majalah Lanun, siri Kartini beberapa kali diterbitkan dalam bentuk koleksi. Terbaru, siri Kartini diterbitkan Syarikat PTS Millenia Sdn Bhd pada tahun lalu. Ketika ini, Tembakau masih aktif berkarya dan terbabit dalam beberapa produksi animasi tempatan. Mengimbas perjalanan kerjayanya, segala-galanya bermula ketika Tembakau bekerja sebagai animator di Kharisma Pictures bagi menerbitkan siri animasi, Usop Sontorian.

Namun, jiwa Tembakau lebih senang dengan tugas yang memberinya kebebasan untuk berkarya. Minatnya itu disedari majikan lalu Tembakau diberi tanggungjawab melakar ‘storyboard’ siri animasi, Usop Sontorian. Tembakau mula serius melukis kartun apabila bekerja dengan majalah Ujang. Kartunis Ujang mencadangkan beliau melukis kartun manakala rakan kartunis, Aie berkongsi tip menampilkan humor dalam karya. Pada peringkat awal, karya Tembakau kebanyakannya disiarkan di ruangan kartun loose dan ‘lawak antarabangsa’.
.
Tembakau juga cenderung menampilkan watak gadis bertudung dan pantas mencuri perhatian peminat. Tembakau kemudian mengikut Ujang meninggalkan majalah Ujang, lalu berkarya untuk majalah Lanun. Ketika inilah, siri Kartina diperkenalkan kepada peminat majalah humor itu. Kisah terbaru, Tembakau sedang menghasilkan siri kartun yang masih bersandarkan pengalaman hidupnya.

“Dalam siri cerita keluarga ini, saya paparkan insiden lucu dalam proses membesarkan anak-anak. Bagi saya, jika mereka yang membaca siri ini dapat mengesyorkan kepada anak-anak untuk membacanya, ia suatu penghormatan kepada saya,” katanya.
.
Mengapa agaknya anda menampilkan kisah Kartini sebagai karya utama?
.
Kata rakan saya, jika hendak memikat gadis, buatlah cerita mengenai dia. Inilah yang menjadi antara faktor yang mendorong saya menghasilkan siri Kartini. Siri ini adalah berdasarkan kisah benar. Tetapi tidaklah diceritakan semuanya 100 peratus. Dari segi watak, karakter dan jalan ceritanya diubah serba sedikit supaya kelihatan lebih menarik sebagai siri kartun. Bukanlah niat saya untuk memalukan sesiapa, cuma ingin berkongsi cerita dan pengalaman sendiri.
.
Rupa-rupanya, apa yang diceritakan itu mempunyai persamaan dengan kisah yang dilalui kebanyakan orang ketika di bangku sekolah. Mungkin atas faktor itu, siri Kartini mendapat maklum balas yang baik daripada pembaca. Sekarang pun, ramai yang bertanya, bila sambungan siri Kartini akan diterbitkan. Dari situ, boleh dikatakan siri ini memberi kesan tersendiri di jiwa pembaca.
.
Apakah pengisian siri Kartini betul-betul berdasarkan pengalaman anda di sekolah dulu?
.
Pengisian dalam siri Kartini ini lebih kepada kombinasi kisah rakan-rakan ketika di sekolah dulu. Hendak jual karya yang 100 peratus jujur tidak boleh juga. Ia perlu ditambah dengan pelbagai elemen lain untuk menjadikan ia lebih menarik dibaca.
.
Sebagai contoh, watak Muhammad Asri atau Ariyon mewakili diri saya dan perspektif saya sebagai individu yang melalui kisah yang diceritakan itu. Saya ‘warnakan’ karakter beliau dengan sifat yang tidak ada dalam diri saya suatu ketika dulu, tapi sikap berkenaan dapat menyerlahkan lagi watak Ariyon.
.
Apakah sukar bagi anda mengimbau kembali kenangan yang sudah lama ditinggalkan itu?
.
Apabila menetap di asrama selama lima tahun, bukanlah masalah besar untuk kita mengimbas kembali kenangan yang dilalui ketika zaman itu. Ibaratnya, apabila dipejamkan mata, setiap kenangan seakan berputar semula dalam fikiran. Maklumlah, kenangan pahit dan manis ketika zaman persekolahan biasanya akan dikenang sampai bila-bila. Bagaimana reaksi rakan-rakan lama apabila siri Kartini diterbitkan?
.
Di kalangan rakan-rakan sekolah saya dulu, lebih ramai yang bertanya mengapa watak mereka tidak ditampilkan dalam siri ini. Sebenarnya, melalui tiga atau empat watak rakan Ariyon dalam siri Kartini, saya tampilkan perwatakan rakan-rakan saya secara keseluruhan. Jika hendak ditampilkan satu-satu, terlalu banyak pula watak yang terpaksa diwujudkan.
.
Apa pula reaksi gadis sebenar di sebalik watak Kartini?
.
Beliau nampaknya gembira dan faham karya yang dihasilkan bukanlah bertujuan memburukkan sesiapa. Kisah ini menggambarkan bagaimana pandangan seseorang lelaki terhadap wanita dan bagaimana lelaki itu berusaha memenangi hati wanita terbabit. ‘Kartini’ yang sebenar juga pernah menghadiri majlis pelancaran dan promosi koleksi siri Kartini. Ada antara rakan kartunis dapat meneka mana satu ‘Kartini’ ketika beliau hadir di majlis terbabit. Ketika itu, sebenarnya, masing-masing sudah meneruskan haluan hidup sendiri.
.
Karya anda masih lagi dapat diterbitkan walaupun anda tidak terikat dengan mana-mana syarikat penerbitan. Apa pandangan anda mengenai isu hak cipta karya seperti ini?
.
Disebabkan saya memegang hak cipta siri Kartini yang saya hasilkan ini, siri ini masih boleh diterbitkan di syarikat penerbitan lain. Ini secara tidak langsung membuatkan siri Kartini terus dikenali termasuk di kalangan generasi pembaca baru. Isu ini tertakluk kepada perjanjian antara kartunis dengan syarikat penerbitan tempat mereka bekerja.
.
Kebanyakan perjanjian menyatakan bahawa karya kartunis akan menjadi hak milik syarikat penerbitan. Dalam kes saya, selepas meninggalkan majalah Ujang, saya disarankan untuk mendaftarkan hak cipta karya sendiri. Justeru, selepas terhentinya penerbitan majalah Lanun, karya saya masih boleh diterbitkan mana-mana syarikat penerbitan mengikut pilihan saya. Semua ini bergantung kepada kartunis itu sendiri.
.
Sejauh mana mereka hendak melihat karya mereka berkembang. Bagi saya, semakin lama berada dalam industri ini, saya ingin karya saya menjadi lebih baik dan lebih berkembang melalui setiap aspek, contohnya bidang animasi atau filem. Seseorang kartunis wajar memperkayakan kebolehan mereka dan tidak membataskan kreativiti pada karya atas kertas saja. Sekurang-kurangnya, cuba mahirkan diri dengan bidang lain yang berkaitan seperti penerbitan animasi.
.
Bagaimana proses kerja yang biasa anda lalui?
.
Jika boleh, pada peringkat sekarang, saya hendak peruntukkan kira-kira empat jam saja sehari. Maklumlah, hidup berkeluarga, saya harus bijak membahagikan waktu - bukan seperti ketika muda-muda dulu, berkarya sehari suntuk pun tidak ada masalah. Sekarang, untuk lakaran saja, saya boleh siapkan kira-kira 14 muka surat dalam tempoh sejam setengah. Cuma untuk bahagian finishing saja yang selalunya mengambil masa agak lama.
.
Biarpun ada yang mengatakan kerja yang membabitkan kreativiti ini tidak boleh ditentukan mengikut jadual, hakikatnya ia bergantung kepada fokus, disiplin dan kemampuan seseorang pengkarya. Kepuasan pula, bagi saya, akan diperoleh apabila kerja dapat disempurnakan. Ini boleh juga disifatkan sebagai proses kematangan dalam berkarya. Kematangan bukan saja boleh dilihat pada strok lukisan, bahkan sistem kerja kita.
.
Biodata:
.
Nama : Azhar Ahmad
Tarikh lahir : 29 Ogos 1972
Umur : 38 tahun
Asal : Kuala Kangsar, Perak
Blog : olehtembakau.blogspot.com
Nama : Azhar Ahmad
Tarikh lahir : 29 Ogos 1972
Umur : 38 tahun
Asal : Kuala Kangsar, Perak
Blog : olehtembakau.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan