Isnin, 25 Mei 2009

KE MANA MENGHILANGNYA PELUKIS KOMIK MELAYU

Dewasa ini terdapat lambakan komik-komik dari luar memonopoli pasaran di tanahair kita. Kita tidak dapat nafikan; kalangan penggemar-penggemar komik ini sudak termakan dengan cara penceritaan atau jalan cerita mahupun watak yang dipaparkan dalam komik-komik luar terutamanya daripada Taiwan dan Jepun.
Kebanyakan penggemar komik ini adalah golongan kanak-kanak atau remaja. Ada sebahagian komik-komik luar ini yang jalan cerita dan illustrasi agak bertentangan dengan nilai budaya dan kepercayaan masyarakat Malaysia.Iaamat dikhuatiri akan memberi kesan negetif kepada pemikiran pembaca kita.
Kenapa komik luar terlalu banyak di pasaran kita? Salah satu sebab mengapa keadaan ini berlaku adalah disebabkan kegiatan beberapa syarikat penerbitan yang mahu memperolehi keuntungan mudah dan cepat. Mereka mengambil komik-komik luar kemudian menukar (terjemah) sarikata dalam Bahasa Melayu; cetak dan edar.
....ada sambung lagi..!

2 ulasan:

  1. Ya gua sokong pendapat anda yang munasabah itu....

    BalasPadam
  2. ya saya jugak sokong..sila la lawat blog saya he he

    BalasPadam