Jumaat, 19 Jun 2009

FUDZALLI DARMO

Era 1980-an antara pelukis yang produktif menghasilkan komik ialah Fudzalli Darmo. Komik pesara guru dari Bagan Datoh Perak ini banyak diterbitkan oleh Berjaya Enterprise. Selepas itu beliau telah menubuhkan syarikat penerbitannya sendiri, Alwani Enterprise. Kualiti komik terbitan syarikat Alwani Enterprise sentiasa kemas dengan hiasan ilustrasi kulit oleh Sailawati @ Alias Kulup.
Diantara judul karya beliau ialah Seruling Sakti, Istana Di Rimba dan Darah Zina. Dibawah syarikatnya beliau berjaya mengetengahkan bakat baru seperti Abas Jaafar dan Hadie Zakaria.

1 ulasan:

  1. Salam ziarah blog ke blog.
    Boleh tak saudara siarletak cover atau imej komik-komik lama Fudzalli Darmo? Terima kasih

    BalasPadam