Jumaat, 28 Januari 2011
Sabtu, 8 Januari 2011
Rabu, 16 Jun 2010
MOHD ANSHARI MOHD RAHIZAN
Anshari berkata, pembabitannya secara serius sebagai artis komik bermula kira-kira enam tahun lalu. Masih menuntut di universiti ketika itu, Anshari membuat keputusan tidak menamatkan pengajiannya kerana melihat bidang komik dan animasi mempunyai masa depan yang cerah. Beliau sanggup meninggalkan pengajian dalam bidang seni bina. Tambah Anshari, langkah itu bukan disebabkan beliau tidak berminat dengan jurusan seni bina, sebaliknya tarikan melukis komik cukup kuat. Malah, sambil belajar, beliau menyumbang karya bersiri berjudul Kabil kepada majalah humor Gila-Gila.Ketika itu.
Selasa, 9 Mac 2010
Rabu, 27 Januari 2010
RIO : PUAS JIKA KARYA DIHASILKAN DAPAT MENGHIBUR PEMBACA

Peluang merealisasikan impian menjadi makin cerah kartunis Petai dan kartunis apabila Sirih Rio menyertai majalah mempelawa Apo?. Sebagai tugas rio ditawarkan pereka grafik pada 2001. Bersama Apo?, Rio hanya berkarya secara sambilan kerana banyak tugas rekaan grafik dan multimedia yang perlu dikendalikannya. Sehingga tahun lalu, kartunis Petai akrhinya Rio menawarkan Jawatan kartunis Sepenuh masa. Hampir 20 tahun menempuh Pelbagai kenangan manis pahit dalam Memburu cita-cita menjadi kartunis, Rio bersyukur segala usahanya membuahkan hasil. "Saya berharap pengalaman ini menjadi iktibar kepada generasi muda yang ingin berkecimpung dalam bidang kartun ... Usah mengalah dan berputus asa dalam Mencapai cita-cita menjadi kartunis, "ujar Rio.
Nama : Rostam Afendi Ab Rashid
Tarikh Lahir : 30 September 1975
Asal : Pasir Mas, Kelantan
Blog : riorashid.blogspot.com
Selasa, 26 Januari 2010
JAAFAR TAIB : DI SEBALIK NAMA
Jaafar Taib menunjukkan hasil karyanyaPelopor industri kreatif 'belajar sendiri' demi ukir nama SENTIASA meningkatkan kemahiran dan mencuba perkara sukar menjadi antara faktor yang mendorong nama Jaafar Taib terus relevan dalam industri kreatif tempatan. Kartunis berkaliber ini mengakui, bukan mudah untuk terus kekal pada tahap sekarang. Namun, dek cintanya terhadap bidang seni yang sudah sebati dalam diri, Jaafar tidak membenarkan biar apapun membataskan langkahnya.
.
Kata Jaafar, beliau tidak gemar menjadikan faktor luaran seperti persekitaran dan keterbatasan masa mengehadkan aktivitinya dalam berkarya. "Bagi saya, jika kita betul-betul mahu yang terbaik, kita pasti akan melaksanakannya biarpun ia sukar," katanya detik pertemuan bersama XY - Ikon Lelaki. Jaafar sudah sudah lebih 30 tahun bergelumang dalam dunia kartun, ilustrasi, lukisan dan fotografi. Jaafar juga berpendirian, kartunis perlu menjadikan karya mereka sebagai medium melunaskan tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Ini penting bagi menyalurkan ilmu dan maklumat berguna melalui kaedah simple tetapi mudah menarik perhatian.
.
"Melalui kartun kita boleh menyemai semangat patriotisme, jati diri serta nilai murni lain. Bidang ini bukanlah humor semata-mata tetapi lebih daripada itu," katanya. Terbaru, Jaafar menerbitkan buku cerita ilustrasi berjudul Damai, Kegigihan Mencari Kedamaian. Buku ini mengisahkan pengembaraan seekor anak gajah bernama Damai. Anak gajah ini berhijrah dari tempat asalnya di Rompin ke lokasi lebih selamat untuk habitatnya, Taman Negara Pahang. Sepanjang perjalanan itu, pelbagai kisah disaksikan Damai. Apa yang menarik, pelbagai elemen kebudayaan tempatan diselitkan dalam penceritaan ini. Selami perjalanan karier seni Jaafar dalam temu bual ini...
Pembabitan saya dalam bidang seni boleh dikatakan bertitik-tolak daripada penghijrahan ke Kuala Lumpur sekitar 1978. Lahir dalam keluarga yang kedua ibu bapa berpisah, membuatkan saya cepat matang dan berdikari... Penghijrahan ke Kuala Lumpur ini boleh dikatakan sebagai 'membawa diri' jugalah. Minat untuk jadi pelukis sudah wujud sejak kecil biarpun tidak mendapat galakan guru-guru. Guru kebanyakkannya mempunyai persepsi bahawa bidang seni tidak penting.
Hasil karya Jaafar TaibTEMBAKAU : PERTAHAN HAK CIPTA KARYA, PAPAR CERITA ZAMAN SEKOLAH
APABILA menjadikan pengalaman sendiri sebagai bahan karya, mungkin ada yang menganggap ia tugas mudah. Mengapa tidak, luahkan saja semua peristiwa hidup yang selama ini tersimpan dalam kotak memori dan selitkan dalam karya. “Selain itu, kaedah ini sebenarnya menguji kesediaan kartunis berkongsi cerita dengan pembaca. Kemampuan mengolah cerita supaya masih ada ruang privasi kepada diri kartunis juga menjadi antara cabaran yang menanti,” kata kartunis Azhar Ahmad atau lebih popular dengan nama pena, Tembakau. Tembakau popular dengan siri kartun, Kartini yang pernah disiarkan majalah Lanun pada akhir 1990-an. Siri Kartini menampilkan ragam sekumpulan pelajar sekolah menengah agama berasrama. Watak utama, Ariyon atau Muhammad Asri digambarkan sebagai pelajar nakal dan menaruh hati kepada pelajar junior, Kartini.
Biarpun menghadapi pelbagai halangan, Ariyon tetap berusaha mengejar cinta Kartini. Selepas disiarkan dalam majalah Lanun, siri Kartini beberapa kali diterbitkan dalam bentuk koleksi. Terbaru, siri Kartini diterbitkan Syarikat PTS Millenia Sdn Bhd pada tahun lalu. Ketika ini, Tembakau masih aktif berkarya dan terbabit dalam beberapa produksi animasi tempatan. Mengimbas perjalanan kerjayanya, segala-galanya bermula ketika Tembakau bekerja sebagai animator di Kharisma Pictures bagi menerbitkan siri animasi, Usop Sontorian.
Tembakau juga cenderung menampilkan watak gadis bertudung dan pantas mencuri perhatian peminat. Tembakau kemudian mengikut Ujang meninggalkan majalah Ujang, lalu berkarya untuk majalah Lanun. Ketika inilah, siri Kartina diperkenalkan kepada peminat majalah humor itu. Kisah terbaru, Tembakau sedang menghasilkan siri kartun yang masih bersandarkan pengalaman hidupnya.
Nama : Azhar Ahmad
Tarikh lahir : 29 Ogos 1972
Umur : 38 tahun
Asal : Kuala Kangsar, Perak
Blog : olehtembakau.blogspot.com
Sabtu, 5 September 2009
ZAINAL BUANG HUSSEIN
Watak Wak Punk karya Zainal Buang HusseinKetika ditemui XY - Ikon Lelaki, Zainal berkata, aktiviti seninya ketika ini banyak tertumpu kepada lukisan. Kata Zainal, sepanjang perjalanan dalam bidang seni yang diceburinya sejak bangku sekolah, beliau sering bereksperimen dengan bakat seni yang dimilikinya. Disebabkan itulah, karyanya tidak terbatas kepada seni visual seperti ilustrasi, kartun dan lukisan semata-mata sebaliknya diperluaskan kepada penulisan novel.
Zainal yang sudah hampir 40 tahun bergelumang dalam bidang seni, berkongsi faktor membuka matanya untuk menjadikan seni sebagai profesion. "Ketika belajar di sebuah sekolah berasrama penuh di Jitra, Kedah, saya terbaca sebuah buku yang menghimpunkan koleksi lukisan pelukis tersohor Indonesia yang dimiliki bekas Presiden Indonesia, Soekarno serta buku yang mengisahkan mengenai Picasso dan Rembrandt.
Di bawah CESB, beliau bersama pelukis seperti Jaafar Taib dan Azman Yusof menjadi pelopor penerbitan majalah lawak Gila-Gila. Pembabitan mereka menyemarakkan lagi industri seni kartun tempatan yang sebelum itu dipelopori kartunis lebih senior seperti Rejabhad dan Datuk Lat. Zainal masih ingat, kulit muka depan majalah Gila-Gila pertama yang dihasilkannya. Beliau menampilkan karikatur pelakon yang sedang popular ketika itu, iaitu AR Badul yang muncul dengan filem baru.
Selain karikatur pelakon itu, Zainal turut menyelit lukisan kereta dalam lakaran berkenaan. Imej kereta dan motosikal sering menghiasi lukisan kartun yang dihasilkan beliau, bagai sudah menjadi identiti karya kartunnya. Mengapa beliau memilih kereta dan motosikal?
Apa lagi cerita menarik mengenai Zainal yang belum anda ketahui? Kolum Di Sebalik Nama berbicara lebih lanjut dengan insan kreatif ini...
Kenapa anda memilih subjek kereta dan motosikal pada siri kartun anda?
Saya begitu berminat dengan kereta dan motosikal terutama dalam aspek rekaannya. Ketika hendak memulakan Gila-Gila dulu, Jaafar sudah pun ada identiti kartunnya iaitu haiwan dan alam semula jadi. Manakala Azman Yusof pula dengan watak kartun wanita cantik. Kedua-dua mereka mempunyai strok lukisan yang mantap. Untuk menampilkan sesuatu yang berlainan daripada mereka, saya memilih mengenengahkan kereta dan motosikal.
Kita sebenarnya tidak boleh menanti hingga ilham datang kerana ilham sebegitu boleh datang dan pergi begitu saja. Kita harus memaksa ilham untuk datang. Biasanya faktor luar seperti deadline dan tekanan di sekeliling juga kadangkala boleh memaksa idea untuk muncul. Pernah sebelum ini, ketika memegang jawatan penting dalam CESB yang menuntut saya melaksanakan pelbagai kerja, saya masih lagi dapat menyiapkan kartun dan menulis novel dengan ilham yang mencurah-curah.
Ada atau tidak ilham yang lahir daripada rasa marah ataupun tidak puas hati diri sendiri?
Ada juga. Pada saya, ilham begitu lebih bagus. sekurang-kurangnya perasaan seperti itu dapat diluahkan dalam bentuk karya kreatif. Kalau diamati, karya novel saya dari dulu hingga yang terbaru ini banyak yang mempunyai unsur seperti ini. Sejak remaja lagi, saya suka membaca novel. Saya sukakannya kerana bagi saya, novel merakam sejarah. Pembaca novel dapat masuk ke dalam latar masa cerita yang dihasilkan novelis dan menyelami kisah dan imaginasi mereka.
Jika tidak menjadi pelukis, novelis atau kartunis, apa agaknya pekerjaan yang anda lakukan?
Maklumlah, dulu bukannya ada pilihan sangat dalam bidang pekerjaan. Selepas tamat sekolah, saya ada menerima tawaran untuk menyertai pegawai kadet tentera. Tidak pasti sama ada untuk menerimanya atau meneruskan cita-cita mencari pekerjaan dalam bidang seni, saya merujuk kepada rakan saya yang sedang berkhidmat dengan angkatan tentera ketika itu. Beliau katakan kepada saya, tidak perlulah masuk tentera kerana saya mempunyai bakat dalam bidang seni dan lebih baik saya teruskan saja cita-cita saya dalam bidang ini. Katanya, takut kalau-kalau saya bosan dengan latihan ketenteraan yang perlu dijalani.
Anda dikenali sebagai pelukis yang teliti. Bagaimana anda menjaga ketelitian dalam berkarya?
Untuk menjadi seorang yang teliti dalam berkarya, ia memerlukan masa dan diasah menerusi latihan dan pengalaman. Bercakap mengenai ketelitian, saya masih ingat lagi, pelanggan saya, seorang individu korporat yang meminta saya melukis potret beliau dan keluarganya sebelum ini. Beliau hanya mengambil lukisan berkenaan selepas 25 kali saya tunjukkan kepadanya dan setiap kali ditunjuk, ada saja yang tidak kena pada pandangannya. Ini menunjukkan, soal ketelitian juga banyak menerima pengaruh daripada faktor keadaan dan permintaan terhadap sesuatu karya yang dihasilkan itu.
Ada sebarang kenangan, kritikan atau pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang perjalanan karier dalam bidang ini?
Satu kenangan yang agak menyedihkan pernah saya lalui ketika mewakili negara ke Jepun dalam suatu program usaha sama antara kerajaan Malaysia dengan negara Jepun. Apabila terpilih, seperti biasalah, mesti ada rasa bangga dalam diri kerana dipanggil untuk mewakili negara. Jadi, apabila berjumpa dengan penganjur pihak Jepun di sana, saya hadiahkan beberapa karya saya kepada mereka sebagai cenderahati dari Malaysia. Apa yang menyedihkan, keesokan pagi, saya ternampak lukisan saya itu diletakkan di tepi dinding begitu saja. Kemudian ia dipungut pekerja pembersihan untuk dibuang ke dalam tong sampah. Saya akui, insiden membuatkan saya cukup sedih. Tapi pada saya, apa yang penting saya sudah berikannya dengan ikhlas. Terpulanglah bagaimana orang yang menerima itu hendak menghargainya.
Apa pandangan anda mengenai hala tuju kartunis dan industri kartun masa kini?
Industri kita sememangnya sudah berkembang. Ini dapat dilihat daripada pengukuhan pelbagai watak kartun yang masih menjadi perhatian penggemarnya, biarpun dari segi penjualan majalah lawak sudah menurun. Negara kita mempunyai ramai kartunis berbakat yang memiliki hidden asset masing-masing. Itu yang perlu kita jana dengan cara pemasaran dan medium yang betul serta berkesan. Selain itu, industri seni tempatan juga amat memerlukan masyarakat untuk memberi sokongan penghargaan yang sewajarnya supaya industri ini dapat dibawa ke tahap yang lebih tinggi seperti industri luar. Jika tidak, sampai bila-bila pun bakat seni kartunis atau pelukis atau penggiat seni yang ada dalam negara kita serta industri ini akan berada di tahap sama.
Selasa, 25 Ogos 2009
GEDUNG KARTUN VOL.1 DI PASARAN
Majalah komik GEDUNG KARTUN susunan kartunis Zunar menjengah di pasaran tiga hari lepas. Ramai kartunis yang menyumbangkan karya dalam majalah ini termasuk penyair terkenal Pyan Habib melalui ruangan pojoknya. Majalah ini penuh dengan idea-idea sinis terutamanya mengenai isu-isu panas semasa dan politik semasa tanahanir.Jumaat, 31 Julai 2009
ROTTWORLD MENJENGAH PASARAN
Jumaat, 19 Jun 2009
RIZALMAN MASIH AKTIF MELUKIS
Rizalman nama pena Mohamad Razali Othman telah mencipta nama sebagai pelukis komik sejak 1970-an lagi. Dibawah syarikatnya Raz Studio beliau popular dengan majalah bulanan kanak-kanak No.1 pada masa itu iaitu BUJAL.
Disamping itu beliau menerbitkan majalah SALINA yang mensasarkan pembaca remaja. Beliau masih aktif melukis hingga hari ini. Siri komik beliau Aimie Amiera boleh anda tatapi dalam slot komik akhbar Utusan Malaysia.
FUDZALLI DARMO
Rabu, 17 Jun 2009
MOHD. ZOHRI SUKIMI
Seladang Tunggal karya Zoy dalam sisipan Berita Minggu
Mohd. Zohri Sukimi atau lebih dikenali sebagai Zoy adalah salah seorang pelukis komik veteran yang masih aktif menghasilkan komik/kartun secara konsistan hingga sekarang. Karya awalnya Pendekar Sijangkang; Zoy lebih sinonim karya komik kepahlawanan seperti Seladang Tunggal yang menghiasi ruagan komik Berita Harian.
Beliau sekarang bertugas sebagai Ketua Unit Grafik di Berita Harian.














.jpg)







